Bismillahirrahmanirrahim
BIDANG SIRAH DAN
TAMADUN ISLAM
Pelajaran 21: HIJRAH DETIK BERSEJARAH
( Buku teks muka
surat 157 hingga 163)
JAWAPAN Latihan penilaian Pelajaran
21: HIJRAH DETIK
BERSEJARAH ( Buku teks muka
surat 166)
1.
Nyatakan maksud hijrah Rasulullah (SAW).
Perpindahan
Rasulullah (SAW) dan umat Islam dari Makkah ke Madinah atau Yathrib. Peristiwa
hijrah ini berlaku pada tahun ke-13 kerasulan.
2.Jelaskan
tiga faktor yang mendorong hijrah Rasulullah (SAW).
1.
Isyarat Allah (SWT).
Allah
(SWT) mengisyaratkan Rasulullah (SAW) supaya berhijrah
2.
Memelihara akidah.
Umat Islam mengorbankan
tanah air dan harta mereka bagi menyelamatkan akidah tauhid yang lebih
berharga.
3.
Pelawaan penduduk Yathrib (Madinah).
Sekumpulan
penududuk Yathrib telah mempelawa Rasulullah (SAW) untuk menjadi pemimpin
mereka di Yathrib.
4.
Penentangan musyrikin quraisy semakin
kuat.
Masyarakat Mekah melakukan pelbagai bentuk penentangan termasuklah penyeksaan terhadapa umat Islam.
3.
Pada pandangan anda, mengapa Rasulullah (SAW) memilih kota Madinah sebagai destinasi hijrah? (Kbat 2 markah)
-Pelawaan penduduk Yathrib (Madinah)
dan perintah Allah SWT
Sekumpulan
penududuk Yathrib telah mempelawa Rasulullah (SAW) untuk menjadi pemimpin
mereka di Yathrib.
4. Hijrah memerlukan keimanan
yang mantap dan semangat pengorbanan yang tinggi.
Berikan
hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas. (Kbat 4 markah)
Contoh jawapan:Apabila umat Islam berhijrah, mereka
terpaksa meninggalkan kaum keluarga, sahabat dan harta yang dimiliki untuk
menetap di tempat baru dan membina kehidupan yang baru. Hal ini amat
memerlukan kesabaran dan ketabahan hati ditambah pula perlu menghadapi pelbagai halangan dan cabaran yang belum pasti keadaannya.
Oleh itu kita hendaklah mendidik generasi muda umat Islam agar mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi agar mereka lebih berjaya dalam kehidupan
dunia dan akhirat.
Mana2 jawapan yang sesuai boleh diterima.
5.
Pada pandangan anda, mengapakah hijrah Rasulullah (SAW) ke Madinah sangat
penting dalam Islam? (Kbat 2 markah)
Kerana
ia adalah permulaan kepada perkembangan ajaran Islam yang lebih luas dan Negara
Islam pertama telah diiktiraf oleh Negara lain.
6.
Terangkan 2 kesan hijrah Rasulullah (SAW).
1-
Aspek sosial-Kehidupan masyarakat
Madinah berubah kepada system hidup yang lebih baik dari segi akidah, syariah
dan akhlak.
2
Aspek agama - Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat dilaksanakan
secara terbuka.
3.
Aspek politik- Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat dibawah pemimpin
Rasulullah (SAW)
4,
Aspek ekonomi - Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh melalui sistem
ekonomi Islam yang dilaksanakannya.
7.
Terangkan 2 iktibar yang dapat diambil daripada semangat hijrah Rasulullah
(SAW) untuk mengembalikan kekuatan umat Islam kini.
-
Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum
melakukan sesuatu tindakan.
-
Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti
bersama-sama orang yang benar.
-
Mencari teman yang soleh, baik budi pekerti dan ikhlas
membantu.
-
Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.
-
Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan Allah (SWT)
serta mematuhi segala perintah-Nya.
-
Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah dan
keselamatan nyawa.
8. “Hijrah bermaksud perubahan
kepada yang lebih baik.”
Bagaimanakah
anda dapat merealisasikan penyataan diatas dalam kehidupan?
Menanam
tekad dalam diri untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa dengan sanggup berkorban masa, tenaga dan
harta untuk menjadi orang yang berilmu. Hal ini akan mendorong saya untu selalu
berfikiran positif dan sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran. Kesimpulannya
kita mesti mencontohi Rasulullah saw dan para sahabat yang berhijrah kerana berkat
pengorbanan mereka kita dapat menerima Islam di Negara kita pada hari ini.
9.
Jawikan petikan di bawah
Setiap umat Islam hendaklah sentiasa mengutamakan dan
memelihara kesucian akidah dan keselamatan nyawa..
ستياڤ اومت اسلام هندقله سنتياس مڠوتاماکن دان ممليهارا کسوچين عقيده
دان کسلامتن ڽاوا
Tiada ulasan:
Catat Ulasan