Khamis, 2 Ogos 2018

Pelajaran 1 : Allah (SWT) Pengurnia Hidayah


TILAWAH TINGKATAN 2
Pelajaran 1 : Allah (SWT) Pengurnia Hidayah

1.10.1 : Baca potongan ayat dengan betul, lancar serta bertajwid.

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ  ٨ [ آل عمران:8-8]

Wahai tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami
Sesudah engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami
Dan kurniakan kepada kami limpah rahmat daripada sisimu
Sesungguhnya engkau jualah yang Maha Pemberi Kurnia

(Surah Al-Imran: Ayat 8

1.10.2 : Intisari ayat
1.       Umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalan hidayah
Antara doa tersebut ialah ayat 8 surah al-Imran.

2.       Allah (SWT) meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai tanda rahmat dan kasih sayang-Nya.
3.       Allah (SWT) suka untuk memberikan hidayah dan rahmat kepada hamba-Nya agar mereka terus kekal berada dalam keimanan.
4.       Allah (SWT) memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kerana hidayah itu miliknya yang mutlak.
5.       Tiada jaminan seseorang itu akan kekal berada dalam hidayah Allah (SWT) kerana mereka boleh terkeluar daripada landasan iman.

Rasulullah (SAW) memperbanyakkan bacaan doa untuk memperkukuhkan keimanan seperti yang diriwayatkan oleh Anas Radia Allahu Anhu :

Image result for ya muqallibal qulub tsabbit qalbi

Maksud : Wahai Tuhan yang membolak – balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamamu.

Ayat 8 surah al-Imran ialah doa yang matsur (doa yang berlandaskan al-Quran dan Hadis) yang menjadi amalan Rasulullah (SAW). Umat Islam digalakkan untuk berdoa dengan doa ini. Ayat ini juga boleh dibaca dalam Solat.Amalkanlah  doa dibawah setiap kali selepas solat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH (SAW) AYAT KEFAHAMAN TINGKATAN 2 KSSM

  KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH (SAW)   AYAT KEFAHAMAN TINGKATAN 2 KSSM         فَبِمَا رَحۡمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظ...