KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH (SAW) AYAT KEFAHAMAN TINGKATAN 2 KSSM
فَبِمَا
رَحۡمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ
لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ
فِي ٱلۡأَمۡرِۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ
يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ [ آل
عمران:159-159]
🌟Maksudnya.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad) Engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu),Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka lari dari kelilingmu . Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonlah ampun bagi mereka serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (perang dan keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyurat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah.Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Ny
🪐: Tuntutan Mencontohi Sifat-Sifat Rasulullah (SAW)
🌈Lemah lembut💙.
Rasulullah (SAW) seorang yang lemah lembut. Contohnya baginda sentiasa menggunakan tutur kata yang baik dan intonasi suara yang sesuai walaupun ketika berada di pasar. Selain itu, baginda juga membalas kejahatan manusia dengan kebaikan
🌈Pemaaf.💙
Rasulullah (SAW) juga merupakan seorang pemaaf. Contohnya, baginda memaafkan perbuatan penduduk Mekah yang oernah mencaci dan menghina baginda
- 💙Memohon keampunan untuk orang lain. Rasulullah (SAW) selalu mendoakan umatnya agar diampunkan oleh Allah (SWT) walaupun mereka pernah menyakiti baginda. Contohnya, baginda telah tercedera dalam perang Uhud. Baginda tetap berdoa memohon keampunan untuk kaumnya. Hal ini diriwayatkan oleh Abdullah bin mas’ud r.a bahawa Rasulullah (SAW) berdoa :
Maksud: Ya Allah, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
(al-Bukhari)
Bermesyuarat💙
Rasulullah (SAW) sentiada bermesyurat agar keputusan yang terbaik dapat diperoleh. Contohnya, Rasulullah (SAW) menerima caranya Salman al-Farisi r.a untuk mengali parit semasa perang Khandak.
Berazam dan bertawakal kepada Allah (SWT).💙
Rasulullah (SAW) sentiasa berazam dan bertawakal ketika melaksanakan sesuatu pengerjaan. Contohnya Rasulullah (SAW) bertegas untuk menuju kemedan Uhud setelah bermesyurat dengan para sahabat. Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda :
Maksud:
Sekarang, sesungguhnya tidak mungkin bagi seseorang nabi apabila memakai baju perangnya, membukanya kembali sehingga dia berperang. (Ad-darimi : hadis soheh)
Pengajaran ayat : ( mesti ada PIH)
:Sebagai umat Islam, kita hendaklah
- 💗Bersifat lemah lembut agar dapat menarik orang lain mendekati Islam.
- 💗 Memupuk sifat pemaaf kerana sifat ini dapat mengelakkan perpecahan.
- 💗 Memohon keampunan untuk orang lain sebagaimana mereka mahu didoakan . sedemikian.
- 💗Mengamalkan mesyuarat dalam organisasi agar keputusan terbaik dapat dicapai.
- 💗Berazam untuk melaksanakan segala keputusan mesyurat yang telah disepakati.
- 💗Bertawakal kepada Allah (SAW) kerana hanya kepada Allah (SWT) diserahkan hasil daripada segala usaha yang telah dilakukan.